Selepas “Isu KORBAN”. Ini Permintaan Oleh Majlis Fatwa Perlis Kepada JAKIM Kepada Siti Kassim Buat Ramai INGIN Tahu !!!

silakan share

Selepas “Isu KORBAN”. Ini Permintaan Oleh Majlis Fatwa Perlis Kepada JAKIM Kepada Siti Kassim Buat Ramai INGIN Tahu !!! | Era Barus – Pelbagai persoalan dan kontrovesi sering melanda sejak kebelakangan ini. Namun kali ini, permintaan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Dr Rozaimi Ramle menggesa pihak berkuasa jabatan agama Islam untuk mengambil tindakan segera ke atas Siti Kasim.

 

TANJONG MALIM: Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Dr Rozaimi Ramle menggesa pihak berkuasa jabatan agama Islam untuk mengambil tindakan segera ke atas Siti Kasim.

Beliau berasa amat risau terhadap keadaan iman Siti Kasim setelah membaca pelbagai kenyataan peguam kontroversi tersebut mengenai agama Islam. Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, “Saya membaca satu demi satu kenyataan Siti Kasim terhadap Islam.

Image result for Siti Kasim status korban

Pandangan beliau terlalu membahayakan imannya.” Beliau menggesa jabatan agama yang terlibat agar mengadakan pertemuan dengan Siti Kasim supaya dapat berhujah membetulkan kefahaman dan iman peguam itu yang didakwa sebagai terkeliru.

Beliau berkata, “Pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan segera untuk memanggilnya dan tegakkan hujah ke atasnya.” “Orang seperti ini lebih utama untuk diluruskan kekeliruannya berbanding menangkap mereka yang berceramah agama yang betul tetapi tidak ada tauliah,” katanya lagi.

Pandangan Dr Rozaimi Ramle ini mendapat sokongan para netizen, dan ramai daripada mereka menyarankan agar tokoh pendakwah tersebut tampil ke hadapan menawarkan diri untuk berdebat dengan Siti Kasim. Mohd Faisal Ismail Faisal berkata, “Mungkin Dr Rozaimi boleh ajak debat seperti mana Dr Rozaimi ajak Syeikh Nuruddin berdebat baru-baru ini.” Hasnan Adib pula berkata, “Kita harap akan diadakan satu dialog khas antara pihak Dr Rozaimie dan Cik Siti Kasim.

Image result for Siti Kasim

Kerana dia membuat kenyataan secara umum dan biarlah dia diperbetulkan juga secara umum.” Dalam kontroversi lain yang dicetuskan sebelum ini, Siti Kasim pernah dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kontroversi kenyataannya sebelum ini. Bagaimanapun, beliau tidak hadir untuk sesi penjelasan tersebut dan menyelar JAKIM kerana tidak memberitahunya secara langsung dan hanya mengetahui mengenainya melalui media.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini membuat penjelasan bahawa JAKIM tidak mempunyai kuasa atau otoriti untuk bertindak berkaitan akidah ketika umat Islam menggesa supaya JAKIM mengambil tindakan ke atas Siti Kasim.

Image result for Siti Kasim status korban

Timbalan Menteri itu berkata, “(Dalam hal) ini ramai yang keliru. JAKIM tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.” “Apa yang JAKIM boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan,” katanya lagi.

Sumber : Menara.my

silakan share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *